Friday, July 18, 2008

13 tanda hamba ALLAH

Assalamualaikum w.b.t.
Saudara-saudari yang dirahmati ALLAH sekalian. Dikesempatan ini, saya ingin berkongsi ilmu yang saya dapat dari 'tazkirah wanita' yang telah berlangsung di Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi yang disampaikan sendiri oleh Ustaz Ismail Kamus.

Sahabat handaiku sekalian, sebagai hamba Allah yang berjalan di atas pentas lakonan dunia ini, kita seharusnya mensyukuri setiap rahmat dan nikmat yang telah diberi oleh-Nya. Dia yang telah menjadikan langit, awan, air sungai yang sentiasa mengalir tenang dan segalanya untuk kita. Ujian yang diberikan-Nya untuk kita juga adalah satu nikmat yang menunjukkan bahawa Dia sayang kepada hamba-Nya. Persoalannya, pernahkah anda menghitung segala nikmat yang Tuhan beri sebelum anda mengeluh dengan ujian yang diberikan-Nya?? Oleh itu, marilah kita beristighfar kepada-Nya. Astaghfirullahal'azim....

Mari kita renungkan kembali, adakah kita hamba-Nya yang sebenar...